Wednesday, 7 December 2011

Tiket Airasia 10 Sen Kembali

Promo lagi. Kita semua pasti suka menunggu-nunggu promo terbaru Airasia iaitu harga tiket bermula 10 sen (base fare) yang akan bermula tidak sampai 1 jam lagi dari sekarang iaitu booking bermula dari 8 hingga 11 Disember 2011.






Tarikh penerbangan pula adalah dari 1 Julai hingga 27 Oktober 2012. Antara tempat yang disiarkan dalam promo di facebook rasmi Airasia ialah dari Kuala Lumpur ke Penang, Kuching, Kota Kinabalu, Bali, Jakarta, Phuket, Bangkok, Singapore dan Hanoi. Mungkin banyak lagi destinasi pilihan.

Sesiapa yang pernah membeli tiket Airasia semasa promo, pastinya akan mengetahui bahawa talian agak sibuk, menanti lama (buzz buzz buzz), ditendang keluar dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, penantian adalah berbaloi apabila kita mendapat tiket yang murah seperti mana saya telah mendapatkan tiket yang sangat murah pada tahun 2012 sebanyak 2 kali.

Antara tips yang saya boleh kongsi di sini ialah:
A) Sebelum booking
1. Pastikan kita register sebagai ahli terlebih dahulu.
2. Pastikan kita register/memasukkan nama penumpang yang kita akan beli tiket nanti (Family and Friends)
2. Fikir dari mana dan ke mana tiket hendak dituju (sebelum buka website Airasia.sekarang lagi bagus)
3. Berapa hari maksimum dan berapa hari minimum kita di destinasi (untuk memudahkan kita menukar tarikh sekiranya tiada kerana bukan semua perancangan tarikh kita akan dapat tiket yang murah. Walau bagaimanapun, kita mesti meletakkan limit kerana, pelancongan/program kita mesti melibatkan perbelanjaan/tempoh cuti)
4. Pilih seberapa banyak cadangan tarikh. Catatkan di atas kertas bagi memudahkan kita menyemak dan menanda.

B) Sekiranya tarikh yang dikehendaki ada
1. Jangan beli seat, bagasi, makanan. (Jangan buang masa, anda boleh beli seat, bagasi, makanan, insuran 2 3 hari sebelum anda FLY)(Elakkan daripada ditendang keluar dalam BUZZ BUZZ BUZZ)

2. Pembayaran elakkan kad kredit/kad debit. Gunakan direct debit kerana jika anda menggunakan kad kredit/debit, anda akan dikenakan charge tambahan (convenience fee)(kalau tak salah RM8/person)

So, apa lagi, jom serbu web AirAsia……

No comments:

Post a Comment