KEHANCURAN BERKEKALAN
Masihkah diri anda terlena
Masihkah diri anda terleka
Masihkah diri anda terlupa
Bahawa dunia di penghujung nyawa
Bangkitlah dari segala alpa
Tinggalkanlah segala perbuatan durjana
Tingkatkanlah amal suruhan-Nya
Kelak anda selesa di sana
Bahawasanya bumi sudah tua
Bila sahaja kehancuran kan tiba
Bersedialah anda selagi bernyawa
Kelak anda tak akan merana
Peritnya derita di alam sana
Jika dosa melebihi pahala
Bertaubatlah anda sebelum terlupa
Jika tersesat tiada ulangnya
No comments:
Post a Comment